"I WAS LOST, AND AM FOUND."
DITULIS DALAM BAHASA MALAYSIA
971 words


Saya  berasal dari Nanga Merit, Kapit. Berumur 21 tahun (semasa cerita keselamatan ini ditulis) dan merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga saya. Saya ada 4 orang adik dan seorang kakak, di mana semua adik saya  perempuan belaka.

Semuanya bermula semasa saya meningkat remaja iaitu berusia 15 tahun. Pada masa itu saya berpegang pada satu prinsip sahaja iaitu "semakin kuat saya, semakin senang dan digeruni saya dan saya akan dapat apa sahaja yang saya mahu." Jadi pada usia itu saya sudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial remaja yang kini masih lagi merupakan isu yang susah hendak diselesaikan. Pada mulanya saya cuma terjebak dengan samseng jalanan sahaja. Bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa", tapi ini diklasifikasikan kepada perkara yang negatif sahaja. Maksudnya di sini  ialah jika pada usia 15 tahun kita sudah terjebak dengan kes-kes pergaduhan, tidak hairanlah makin meningkat usia makin agresif lagi.

Semasa saya di tingkatan 4 & 5, keluarga saya tidak bersama dengan saya pada masa sekolah dan saya tinggal bersendirian. Hal ini demikian kerana ayah (guru) telah ditukar tempat mengajar dan akibat jauh daripada tempat tinggal kami, jadi mereka terpaksa tinggal di flat guru, dan hanya balik pada hujung minggu sahaja. Keadaan yang amat bebas ini menyebabkan saya terabai dari segi penjagaan dan juga pelajaran. Keadaan yang bebas ini juga telah membuatkan saya lebih liar. Saya dan rakan-rakan saya sering kali minum alkohol di rumah saya sehingga mabuk dan sering kali keluar malam untuk lepak dan melakukan aktiviti-aktiviti  yang tidak berfaedah. Dan pada usia saya 17 tahun (Tingkatan 5) nama saya memang sudah "top" pada masa itu. Tiap-tiap malam saya akan tidur ditemani sebilah parang, untuk keselamatan. Dan pada masa itu saya telah menyertai satu kumpulan samseng yang digelar " Pengayau Forever". Kumpulan itu juga memang kumpulan yang sangat-sangat digeruni oleh semua orang  (kecuali Polis, hehehe). Kumpulan itu ada satu sistem iaitu siapa yang paling banyak pihak lawan tumpas akan mendapat nama dan pangkat, dan pangkat paling tinggi ialah apabila anda dapat  "bunuh orang ". Jadi saya dan rakan-rakan  yang baru menyertai geng tersebut memang berhasrat akan dapat berbuat demikian, biasalah  darah  muda kan, otak pun sempit. Akan tetapi semuanya berubah pada satu malam apabila kami minum bersama dengan salah seorang leader kami. Dan pada malam itu juga salah seorang kawan kami membawa seorang kawan yang kami tidak kenali. Lelaki tersebut mengatakan yang dia hendak jadi gengster dan mengatakan dia yang terkuat (dalam keadaan mabuk). Kami berasa sangat tidak selesa pada ketika itu lebih-lebih lagi "otai" kami berada bersama kami, dan ini menyebabkan kami terasa tercabar. Salah seorang kawan saya memulakan langkah dengan memukul kepalanya dengan periuk besi. Satu pukulan di kepala sudah menceritakan segala-galanya dengan percikan darah ke dinding. Dengan bermula langkah pertama itu kami semua pun menyerbu lelaki tersebut. Dalam pergelutan tersebut tiba-tiba saya tersedar bahawa keadan sudah menjadi kritikal. Lelaki tersebut cedera teruk di kepala  dan jari tengahnya (hampir putus). Saya pun tidak tahu kenapa ada sesuatu yang mengatakan yang saya mesti menyelamatkan lelaki  tersebut. Selesainya  kami, saya menyuruh dia meminta maaf kepada "otai" kami, saya pun hantar dia ke rumah. Lelaki  tersebut tidak sedarkan diri untuk beberapa hari akibat kehilangan banyak darah. Kalau  lambat sedikit dia kemungkinan akan "meninggal" di rumah saya. Apabila ayah saya menyedari apa yang sudah berlaku dia "tension" yang teramat sangat menyebabkan dia kena high blood pressure. Beberapa hari kemudian kami mendapat berita bahawa lelaki tersebut selamat  dan mendapat 36 jahitan di kepala dan mukanya amat-amat mengerikan. Kes tersebut dapat diselesaikan atas alasan gengster mabuk lepas tu gaduh. Polis tak kisah sangat  kalau gengster gaduh-gaduh  ni, kalau boleh mati terus lagi senang atur kes (kata-kata sarjan yang menyiasat, saya masih ingat ). Ini menunjukkan orang yang macam  ini tidak layak untuk diadili.

Mulai dari kejadian tersebut membuatkan saya sedar dan ingin berubah. Selama 3 tahun ini saya berbuat baik dengan semua orang. Pada tahun pertamanya amat-amat lah sukar, kerana semua orang masih membenci kita. Di mana sahaja kita berjalan kita akan dipulau, diperkatakan, dikhianati. 2 tahun saya membina semula hubungan dengan semua orang akan tetapi saya tetap berasa ada kekosongan dalam jiwa saya. Biar pun saya telah berubah namun satu perkara yang saya tidak dapat ubah, iaitu saya malu nak bertemu dan datang  ke rumah Tuhan. Bagi saya, saya tidak layak diampuni dan bersembayang kerana atas segala perbuatan saya, saya tidak layak untuk mendapat belas kasihan dalam Tuhan. Siapa saya yang patut dikasih, dan siapa saya untuk mengambil nyawa seseorang. Saya cuma bersembahyang hanya untuk senangkan hati mak bapak saya, tapi saya tidak tau kepada siapa doa saya  itu dan siapa yang patut saya sembah. Semua nya berubah apabila saya berkenalan dengan 2 orang rakan saya ini. Pada mulanya mereka  berdua sering kali mengajak saya datang gathering(perjumpaan) bersama-sama  mereka, akan tetapi  saya menolak kerana  saya terkenangkan kisah silam saya. Akan tetapi pada suatu hari, entah kenapa hati ini menerima pelawaan rakan saya itu untuk join (ikut) mereka gathering. Dan pada malam itu juga, cikgu John telah bercerita tentang "dosa" dan "keselamatan". Memang semua ini telah diaturkan oleh Nya. Dari pada malam itu saya telah mendapat jawapan yang saya cari selama 3 tahun ini. Hubungan saya dengan manusia sudah menjadi, tetapi hati dan jiwa saya tetap kosong. Ini kerana saya tiada hubungan dengan Tuhan. Perkara ini amat-amatlah mengharukan saya. Pada malam itu saya telah diselamatkan iaitu 10 March 2012.

Percayalah saudara sekalian, sesudah anda diselamatkan, hidup saya menjadi lebih tenang dari segi rohani dan jasmani. Tiada lagi mimpi ngeri dan tiada lagi keraguan dalam hidup ini. Hidup saya mulai saat itu amat-amat lah bercahaya dan tiada kegelapan dalam jalan saya. Andai  saya  diambil nyawa sekarang, saya tidak perlu risau kerana saya tahu saya akan berada bersama-sama dengan  Lord Jesus Penyelamat kita. Sekarang saya mempercayai Nya dengan sepenuh hati dan jiwa saya dan saya akan berkhidmat demi Dia.

______ End