"SORROW AND LOVE MINGLED DOWN FOR ME."
DITULIS DALAM BAHASA MALAYSIA
601 words


Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpegang kepada dua kepercayaan iaitu percaya kepada dewa-dewi dalam masyarakat Orang Ulu di Sarawak dan juga mazhab Roman Katolik. Saya merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

Sewaktu saya berumur dalam kategori sekolah rendah, saya memang terdedah dengan kepercayaan kepada dewa-dewi Orang Ulu iaitu Keling dengan Kumang dan saya memang sangat komited dalam kepercayaan itu. Namun begitu, semuanya mula berubah apabila saya masuk ke alam sekolah menengah. Kakak saya yang pertamanya terdedah kepada ajaran mazhab Roman Katolik mula membawa saya untuk mengikuti supaya dapat menjadi individu yang lebih terarah hidupnya. Saya pun mengikut dengan baik sekali apa yang saya telah terima dari ajaran “gereja” Roman Katolik sehingga saya pernah ditawarkan untuk menjadi paderi! Hati saya memang merasa diri sebagai seorang yang cukup sempurna dalam pengetahuan saya akan “Firman Tuhan” yang diajar dalam Roman Katolik di Kapit.

Sungguhpun begitu, di sebalik  kebanggaan saya dalam hidup sebagai penganut Katolik, dalam hati, saya masih merasa kekosongan dan masih haus akan kebenaran Firman Tuhan yang sebenar. Di sinilah  permulaan yang jelas akan pencarian saya tentang siapa Lord Jesus sebenarnya, apabila saya mula mempersoalkan kebolehan paderi  untuk mengampuni dosa manusia dan juga tentang ”Patung Jesus” yang dengan sedikit lukaNya yang disembah penganut Katolik di seluruh  dunia. Saya berdoa kepada Tuhan untuk memberi saya jalan keluar dan menunjukkan kepada saya kebenaran Firman Tuhan yang sesunguhnya. Puji Tuhan sebab kakak saya yang membawa saya untuk ikut Roman Katolik pun dalam kedudukan yang sama dengan saya, iaitu dia pun turut mencari Kristian yang sebenar mengikut Firman Tuhan dan juga siapa Lord Jesus. Pada tahun 2009 kakak  saya telah menyambung pelajaran dalam tingkatan enam di sekolah yang tidak begitu jauh dengan sekolah saya. Di sana  dia mula mendengar Injil daripada seorang hamba Tuhan iaitu saudara John See dengan keluarganya di SMK Kapit No.2. Kakak saya telah menerima Lord Jesus setelah mendengar pemberitaan Injil di sana.

Pada bulan Disember 2010, kakak saya telah membawa nota Kelas Bible yang dia pelajari bersama saudara-saudara Kristian di SMK Kapit No.2. Dia pernah berkongsi tentang Injil dengan saya sebelum itu, tetapi hati saya belum terbuka kerana masih bercelaru dengan apa yang saya percaya dalam Roman Katolik. Pada suatu petang dalam bulan Disember 2010, saya telah membaca nota Kelas Bible  kakak saya, yang menyentuh tentang kesalahan Mazhab Roman Katolik yang membuat dan menyembah “Patung Jesus” dengan sedikit luka yang dipaparkan di patung  itu, dan penerangan dalam nota itu mengatakan “ sedangkan Lord Jesus menderita sehingga muka tidak kelihatan seperti Anak manusia lagi” dengan rujukan dalam Firman Tuhan Isaiah 52:13-15 dan Isaiah 53:1-12, saya bergegas mencari Bible dan terus membuka kepada rujukan dalam buku Isaiah bab 52 dan 53 dan saya membacanya dengan teliti dan menghayati apa yang tertulis di sana, hati saya terharu dan airmata tidak terasa mengalir apabila saya membaca tentang Dia pernah menjadi Manusia/Orang Sengsara untuk saya, bahawa hidup dan persembahanNya sebagai Anak Domba Tuhan yang mengangkat singkir dosa dunia dan mati Nya Dia di kayu salib untuk menebus dosa saya, waktu itu saya hanya mampu tunduk
dalam doa dalam keadaan menangis berterima kasih, sebab Dia sudi mati untuk dosa saya, menyerahkan nyawa Nya dan menumpahkan darah Nya untuk menyelamatkan dan menebus dosa saya di salib Calvary. Saat paling gembira dalam hidup saya, saat di mana saya tahu tentang siapa  Lord Jesus sebenarnya. Saat yang saya tidak dapat lupakan bahawa saya yang pendosa dilayakkan di hadapan Tuhan kerana Dia. Waktu ini saya berusia 15 tahun, dilahirkan pada 2 Disember 1995, dan dilahirkan semula pada Disember  2010. “Ini kisahku dan laguku, Puji Juruselamat Sentiasa, Pujilah Tuhan atas Kerja HebatNya." Tuhan Memberkati.


______ End