"DARAH LORD JESUS CHRIST SUCIKAN DOSAKU."
DITULIS DALAM BAHASA MALAYSIA
691 words


Bagaimanakah seseorang itu boleh dilahirkan semula kalau dia sudah tua? Persoalan yang Nicodemus pernah tanya kepada Lord Jesus Christ apabila dia ingin tahu cara untuk masuk ke dalam kerajaan Tuhan. Peristiwa ini ada direkodkan dalam buku Yohanes bab 3 ayat 4 (John 3:4). Persoalan yang sama pernah ada dalam fikiran saya sebelum menerima Lord Jesus Christ menjadi Juruselamat dalam hidup saya. Sehinggalah pada suatu hari, saya meluangkan masa cuti saya bersama saudara Christian di Kuala Lumpur. Pada masa itu, saya bersama mereka pergi ke Gospel Hall pada hari Jumaat and Ahad untuk berkumpul bersama saudara Christian yang lain. Malam sebelum saya kembali semula ke universiti iaitu April 2012, kami berpeluang untuk berbual dan menyentuh hal rohani.

Pada malam itu juga persoalan saya mengenai kelahiran semula telah terjawab apabila kami meneliti dan menghayati firman Tuhan daripada buku Yohanes bab 3 ayat 4-16. Daripada situ saya faham maksud kelahiran semula selepas saudara Christian menjelaskan kepada saya. Kelahiran semula dimaksudkan dalam buku Yohanes bab 3 adalah kelahiran dalam Lord Jesus Christ. Kita dilahirkan semula dalam Lord Jesus Christ apabila kita menerima Dia sebagai Juruselamat kita secara peribadi.
Hal itu yang terjadi dalam diri saya. Pada malam itu saya sedar bahawa saya adalah manusia berdosa dan tidak layak untuk datang kepada Tuhan Bapa. Firman Tuhan dalam Roma bab 3 ayat 23 jelas mengatakan kita telah berdosa dan hilang kemuliaan Tuhan. Saya sedar hanya Lord Jesus Christ sahaja yang boleh menebus dosa saya kerana dalam Dia tidak ada dosa. Firman Tuhan iaitu Yohanes bab 3 ayat 16 menyakinankan saya bahawa kerana begitu besar kasih nya Tuhan kepada saya sehingga Dia mengurniakan anak tunggal-Nya supaya barang siapa percaya kepada-Nya tidak akan binasa melainkan beroleh hidup yang kekal.

Dahulu saya melakukan adat yang telah diamalkan oleh keluarga saya sejak zaman nenek moyang saya. Pada hari perayaan kami mempersembahkan pujian dan juga korban binatang untuk tuhan yang kami percaya pada ketika itu. Antara aktiviti Yang kami lakukan adalah membersihkan tubuh badan dengan darah binatang di sungai untuk menghapuskan dosa. Namun pada saat saya telah faham bahawa satu-satunya darah yang boleh menyucikan dosa salah adalah darah Lord Jesus Christ. Tidak ada lagi korban binatang yang saya perlu lakukan kerana semua itu telah Lord Jesus Christ lakukan sekali dan untuk selamanya. Sebenarnya sejak di sekolah menengah lagi saya mencari Tuhan yang sebenar, malah saya pernah bertanya kepada kawan baik saya untuk mengajar saya berdoa dan membimbing saya untuk kenal Tuhan. Lebih daripada itu saya pernah datang ke rumah ibadat untuk tahu dan mengenali Tuhan. Rupa-rupanya saya hanya dengar tentang Lord Jesus Christ, mengikuti dan melakukan sahaja perkara yang orang lain lakukan tanpa saya sedar dan tahu makna sebenar keselamatan melalui Lord Jesus Christ.

Malam itu sebelum tidur saya tidak dapat menahan diri untuk mengucap syukur dan berterima kasih kepada Tuhan apabila saya sedar dan tahu ada seorang Juruselamat Agung iaitu Lord Jesus Christ yang sanggup mati mengganti tempat saya demi menebus dosa. Tidak terkata lidah untuk saya gambarkan kegembiraan dan rasa terharu saya kepada Lord Jesus Christ yang bukan sahaja mati untuk saya malah telah bangkit semula dari kematianNya. Keesokan hari saya kembali ke universiti  dengan rasa yang sangat berlainan iaitu rasa segar menjalani hidup yang baru dalam Lord Jesus Christ. Sepanjang pengajian saya, bukan perkara yang mudah saya lalui apabila tiada perkumpulan saudara Christian di situ. Tetapi saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya membuka jalan untuk saya kembali berkumpul bersama saudara-saudara Christian. Sehingga tahun 2014, saya telah mendapat peluang untuk menyambung latihan pratikal di Kuching, Sarawak di mana pada masa itu juga sudah ada perkumpulan saudara-saudara Christian di Kuching. Puji Tuhan!

Saya sangat berterima kasih kepada Tuhan atas perjalanan yang saya lalui sehingga saya mengenal Dia.
Tuhan tidak menjanjikan kesenangan hidup apabila kita mengikuti Dia selagi kita berada dalam dunia ini yang sememangnya dari awal lagi menolak kedatangan Dia. Tetapi Tuhan memberi kekuatan kepada orang yang percaya dan berharap kepada Dia. Isaiah 41: 10- Fear thou not; for I am with thee: be not dismayed; for I am thy God: I will strengthen thee; yea, I will help thee; yea, I will uphold thee with the right hand of my righteousness.
Maranatha!

______ End