"THE GREATEST THING THAT I EVER RECEIVED IN MY LIFE."
DITULIS DALAM BAHASA MALAYSIA
240 words


Semasa saya masih berumur sebagai seorang pelajar sekolah rendah, saya telah diperkenalkan oleh kakak dan abang saya perkara tentang Lord Jesus dan saya sangat berminat mendengar mereka berkongsi tentang Dia. Saya sangat bersyukur dan gembira kerana saya membesar dengan orang-orang yang percaya dan yang  mengenali siapa Lord Jesus, iaitu kakak dan abang kandung saya sendiri. Mereka sangat tekun dan tegas dalam perkara rohani. Namun begitu, mereka tinggal jauh daripada saya sewaktu saya masih kecil kerana mereka bersekolah di sekolah asrama kerajaan di suatu pekan tetapi itu tidak menghentikan mereka untuk terus berkongsi tentang Lord Jesus dengan saya. Mereka selalu mengingatkan dan menasihatkan saya melalui buku Kudus Nya iaitu Alkitab.
  
Masanya telah tiba untuk Tuhan melembutkan dan membuka hati saya untuk membaca dan menerima Injil Nya secara peribadi pada 18 Mac 2020 di Nanga Sebunut iaitu di sebuah  kebun milik keluarga saya di Merit, Kapit. Saya telah membaca keempat-empat Injil Tuhan di dalam Alkitab iaitu Matthew, Markus, Lukas dan Yohanes. Di dalam Injil-Injil tersebut saya membaca mengenai kehidupan, kematian dan kebangkitan Lord Jesus Christ. Pada ketika itulah saya mengetahui bahawa kematian Lord Jesus Christ di kayu salib adalah kerana dosa saya dan Dia menginginkan saya menerima hidup yang kekal dengan hanya percaya kepada Dia sebagai Juruselamat yang kekal daripada dosa. Setelah itu, saya berdoa secara peribadi kepada Tuhan dan menerima satu kegembiraan yang tidak pernah saya rasakan di dunia ini.

“Hari riang, hari riang, bila Jesus cuci dosaku."


______ End